Thursday, May 29, 2014

CARTA ORGANISASI 2014

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS)










Friday, January 7, 2011

Carta Organisasi PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Sila klik pada carta untuk pembesaran imej.


CARTA ORGANISASI JK INDUK PSS 2011


CARTA ORGANISASI JK KERJA PSS 2011








Wednesday, January 5, 2011

Sejarah Penubuhan PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

PSS SMK Palong Dua (F), Gemas mula beroperasi pada tahun 1984. Berdasarkan catatan dalam buku rekod perolehan bahan-bahan buku PSS pada tahun tersebut, jumlah buku PSS SMKPD sekitar 2000 naskhah sahaja. Kini, bilangannya telah mencecah hampir 17, 000 naskhah yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Sebagai menyahut seruan kerajaan yang berkehendakkan pendekatan secara bestari menunjangi aspek pengurusan organisasi, maka sistem pengautomasian berasaskan perisian S-Lib 1001 mula dibekalkan kepada PSS SMKPD pada pertengahan tahun 2009 hasil sumbangan YB Dato' VS Mogan, ADUN Kawasan

Tuesday, January 4, 2011

Falsafah PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan wahana dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. PSS merupakan suatu konsep yang banyak berfokus kepada pengurusan yang sistematik, berpusat, dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan maksimum kepada para guru dan murid-murid.

PSS berfungsi sebagai pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam suatu sistem yang mudah diikuti. Menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemas kini serta menyebar luas bahan-bahan maklumat dengan kadar segera dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

PSS adalah sebagai suatu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat pendidikan dengan merentasi aspek kurikulum, perkembangan intelektual, rohani, serta keseimbangan emosi dan jasmani murid-murid.

Monday, January 3, 2011

Misi dan Visi PSS SMK Palong 2 (F), Gemas

MISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (Felda), 73450 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus Berusaha Menjana Sumber Untuk Mencipta Kecemerlangan Ilmu, Amal Dan Sahsiah Generasi Pewaris Bangsa.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (Felda), 73450 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus Berusaha Menjadi Sekolah Terbaik Dalam Bidang Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah Pelajar Menjelang Tahun 2010.

Matlamat PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Matlamat ialah tujuan untuk mencapai perubahan tingkah laku atau “behaviour change” dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang begitu singkat. Dengan pengertian yang sama, matlamat Pusat Sumber Sekolah boleh dirumuskan sebagai:
  1. Mempertingkat mutu pendidikan di sekolah.
  2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif, dan berdisiplin.
  3. Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif, dan berdisiplin.
  4. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah di kawasan luar bandar dengan sekolah di kawasan bandar.

Objektif PSS SMK Palong Dua (F), Gemas

Objektif ialah tujuan yang hendak dicapai dalam masa yang singkat. Antara objektif Pusat Sumber Sekolah ialah: 
  1. Mengumpul, menyimpan, dan mengedar berbagai-bagai maklumat. 
  2. Mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran. 
  3. Menawarkan khidmat runding dan nasihat. 
  4. Membina program-program media untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.