PSS SMK Palong Dua (F), Gemas mula beroperasi pada tahun 1984. Berdasarkan catatan dalam buku rekod perolehan bahan-bahan buku PSS pada tahun tersebut, jumlah buku PSS SMKPD sekitar 2000 naskhah sahaja. Kini, bilangannya telah mencecah hampir 17, 000 naskhah yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Sebagai menyahut seruan kerajaan yang berkehendakkan pendekatan secara bestari menunjangi aspek pengurusan organisasi, maka sistem pengautomasian berasaskan perisian S-Lib 1001 mula dibekalkan kepada PSS SMKPD pada pertengahan tahun 2009 hasil sumbangan YB Dato' VS Mogan, ADUN Kawasan
Jeram Padang. Kerja-kerja pengautomasian bahan-bahan buku di Balai Bestari dan Perpustakaan Guru sedang giat dijalankan. Jika tiada aral melintang, bermula Januari 2010, proses pinjaman dan pemulangan buku tidak lagi dikendalikan secara manual, sebaliknya akan dijalankan secara sistem automasi sepenuhnya. Selaras dengan penggunaan sistem automasi ini, penambahan koleksi buku akan terus diperhebat bagi memastikan warga sekolah ini menjadi masyarakat yang berinformasi. Pada masa yang sama usaha-usaha ke arah pendigitalan perpustakaan SMKPD dapat direalisasikan bagi membuka ruang pemerolehan ilmu dalam skala yang lebih luas, dan seterusnya melahirkan warga yang membudayakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan mereka.
Pada peringkat awal penubuhan PSS SMKPD, bilik-bilik khas terhad kepada tiga buah sahaja, iaitu Bilik Perpustakaan, Bilik BBM, dan Bilik APD. Kini, bilik-bilik khas PSS SMKPD terdiri daripada Bilik Perpustakaan (Balai Bestari dan Perpustakaan Guru), Bilik APD, Radio Sekolah, Makmal Bahasa, Makmal Komputer, Bilik SAC, Bilik BBM, Galeri Sejarah, dan Galeri Anugerah. Bilik-bilik ini sentiasa dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti yang bersifat santai tanpa meminggirkan aspek pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya, bilik-bilik ini tidak semata-mata bercorak kosmetik atau umpama projek gajah putih, malah akan terus diperkasa dengan pelbagai program bagi melonjakkan warganya sebagai masyarakat yang cemerlang.
PSS SMKPD juga telah mewujudkan Anjung Ilmu persis Hyde Park di London. Anjung ini berperanan dalam memperkembang potensi murid dalam aspek kemahiran komunikasi melalui aktiviti seperti pidato, forum, debat, deklamasi sajak, dan aktiviti-aktiviti lisan yang lain. Objektif pengwujudannya adalah untuk memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid apabila berhadapan dengan masyarakat di luar lingkungan pengalaman hidup mereka sama ada semasa mereka berada dalam alam persekolahan atau selepas mereka meninggalkannya.
Selari dengan perkembangan semasa, mulai Januari 2008, PSS SMKPD telah dilengkapi dengan kemudahan wifi bagi memastikan warga sekolah ini celik ICT dan mampu bergerak seiring dengan suasana ledakan maklumat yang mendominasi kehidupan mutakhir ini. Hal ini penting bagi memastikan warga sekolah ini tidak ketinggalan dalam kepompong geografi tanah rancangan yang melingkari kehidupan mereka selama ini. Dengan adanya kemudahan ini, mereka terus memperoleh maklumat yang terkini daripada jaringan maklumat sejagat walaupun lokasi petempatan mereka jauh dari kawasan bandar.
Insya-Allah, pelbagai perubahan akan dilakukan dari semasa ke semasa sama ada dari segi infrastruktur atau bahan-bahan yang berasaskan sumber ilmu. PSS SMKPD akan sentiasa dimartabat selari dengan perubahan dunia pendidikan yang menuntut kepada tindakan yang berbentuk kritis, kreatif, dan inovatif. Hal ini selaras dengan perkembangan marcapada yang berpaksi dengan frasa “dunia tanpa sempadan”.

No comments:
Post a Comment