Matlamat ialah tujuan untuk mencapai perubahan tingkah laku atau “behaviour change” dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang begitu singkat. Dengan pengertian yang sama, matlamat Pusat Sumber Sekolah boleh dirumuskan sebagai:
- Mempertingkat mutu pendidikan di sekolah.
- Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif, dan berdisiplin.
- Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif, dan berdisiplin.
- Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah di kawasan luar bandar dengan sekolah di kawasan bandar.
No comments:
Post a Comment